Download tartil alquran karim lengkap dengan suara (Abdul Basit Abdul Samad)

Abdul Basit Abdul Samad

Sheikh Abdul Basit 'Abd us-Samad (1 Januari 1927-1988) (Bahasa Arabعبد الباسط عبد الصمد‎), merupakan Qari terkenal yang menjadi ikutan ramai. Dia merupakan satu-satunya Qari yang memenangi tiga pertandingan Qari sedunia pada awal 1970-an. 'Abd us-Samad merupakan salah seorang Hafiz pertama yang menjual rakaman bacaannya, dan presiden pertama bagi Persatuan Qari di Mesir. Dia terkenal bagi bacaannya Surah Al-Fatihah, surah pertama Al-Qur'an, dan surah utama dalam solat lima waktu harian.

Kehidupan awal

Abdul Basit dilahirkan di kampung yang dikenali sebagai Armant di bahagian selatan Mesir pada 1927. Dia menghafal Al-Qur'an sebelum berusia 10 tahun dan mempelajari kesemua tujuh cara bacaannya. Dia dijemput bagi mengaji semasa sembahyang Tarawih di masjid tempatan dalam bulan Ramadan ketika dia berusia hanya 14 tahun. Abdul Basit banyak dipengaruhi oleh Qari terkenal, Sheikh Muhammad Rifat dan selalu berjalan berbatu-batu bagi mendengar bacaannya di radio.

Pada 1950, dia pergi ke Kaherah di mana orang ramai tertarik dengan bacaannya di kebanyakan masjid. Pada satu kejadian, dia telah membaca ayat dari surah Al-Ahzab (The Confederates), di diminta membaca melebihi tempoh diberikan 10 minute oleh pendengarnya, dan terus membaca lebih dari sejam setengah; menarik perhatian pendengarnya dengan kemahiran pitch, tone dan tajwid bacaan Al-Qurannya.

653.8K
An-Nas